Sunday 2 October 2011

Asas Penjimatan Wang

Pada pandangan saya "WANG" dalam era ini adalah sebagai "Keperluan terbaik yang melanda kehidupan harian". Kehidupan lebih cenderung kepada mustahil atau sukar diteruskan tanpa wang. Wang adalah penting untuk meneruskan kehidupan. Pernah saya terdengar seseorang berkata "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Saya terfikir juga "Kenapa ulat yang perlu disamakan dengan manusia yang mempunyai aqal dan fikiran ?" Adakah Allah sengaja memilih kita sebagai khalifah dimuka bumi yang luas ini ? Baiklah saudara-saudari pembaca, bukan topik ulat dalam batu yang saya ingin kongsikan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah garis panduan yang berkesan untuk asas menyimpan wang.

Pengurusan kewangan jarang dianggap penting oleh kebanyakan orang. Ramai di antara kita hari ini harus dinasihati agar perlu berhati-hati ketika melakukan perbelanjaan. Ini adalah kerana harga pasaran sekarang melambung tinggi dengan kos kehidupan yang membebankan dan pendapatan yang diperolehi pula adalah terhad. Tetapi jika kita bertekad dan sentiasa berfikir 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' pasti ia satu permulaan yang positif. Jika anda bertekad untuk menyimpan wang yang perolehi, sepatutnya anda perlu menukar diri anda kepada individu yang bijak berbelanja.

Teknik yang paling penting untuk lebih penjimatan adalah menyediakan anggaran bulanan ataupun bajet anda. Ini akan membantu anda dalam mengurus perbelanjaan anda di sepanjang bulan. Tetapi jika hanya semata-mata merancang bajet sahaja pun ia tidak memadai. Ada beberapa perkara-perkara asas yang perlu dipatuhi. Jadi, cuba fokus dan berdisiplin untuk berpegang kepada bajet anda. 

1) Membeli-belah daripada kupon disifatkan sebagai satu daripada cara yang efektif penjimatan wang. Kupon adalah baucer hadiah yang kebiasaannya diiklankan dalam akhbar harian, majalah, di kedai-kedai dan juga internet. Mereka menyediakan pelbagai tawaran lumayan sebagai contoh 40% penjimatan makan malam di sebuah restoran pada tarikh tertentu dan seumpama dengannya. Melalui cara ini anda boleh menyimpan wang yang telah dijimatkan melalui perbelanjaan cara ini. 

2) Berjimat cermat dalam menggunakan kad kredit anda. Walaupun kad kredit bertindak sebagai bank dalam poket anda, ia datang dengan kadar faedah yang agak besar. Inilah kelemahan yang paling ketara menggunakan kad kredit tanpa memikirkan kesan daripada penggunaannya.

3) Cuba membeli-belah semasa musim jualan. Ia adalah masa yang terbaik apabila anda boleh mendapatkan barangan bernilai RM100 hanya pada harga RM80 ataupun RM50. Jadi, jangan lepaskan peluang merebut manfaat musim jualan.

4) Elakkan membeli-belah secara berulang. Ini sebenarnya bukanlah cara bijak untuk membeli-belah secara berulang kerana setiap kali anda pergi ke pasar, anda akan membelanjakan wang untuk perjalanan seperti minyak, tambang teksi dan lain-lain. Selain itu juga harus diingat bahawa harga pasaran akan terus naik. Barang berharga yang bernilai RM45 hari ini mungkin menjadi RM50 menjelang akhir bulan ini. Oleh itu, apabila anda membeli-belah, terutamanya barangan seperti bahan makanan di kedai-kedai atau hyper market, perlulah membeli seberapa banyak yang diperlukan. Lakukan pembelian barangan yang lebih sedikit daripada yang diperlukan. Ini juga boleh menjimatkan wang anda daripada perkara-perkara pembaziran yang lain.

5) Jangan membiasakan diri makan makanan ringan di luar. Ini bukan sahaja akan mengosongkan poket anda tetapi boleh juga membahayakan kesihatan anda.

6) Dapatkan insurans perubatan. Ia akan memudahkan anda mendapat rawatan dalam jumlah yang diperlukan disaat menghadapi masalah kesihatan yang tidak diingini.

7) Jualan gudang akhir tahun juga boleh menjadi satu idea yang baik untuk membuat penjimatan dari perkara-perkara yang tidak diingini di dalam rumah anda.

8) Satu lagi cara yang baik untuk menjimatkan wang anda adalah membuat pelaburan. Lakukan pelaburan jangka panjang seperti melabur untuk harta, tanah, saham, amanah dan sebagainya.

9) Jimatkan bil elektrik dan bil telefon anda. Jangan sediakan bilik anak-anak anda dengan TV serta sambungan telefon secara berasingan kepada mereka. Pastikan hanya satu set televisyen dan sambungan telefon di ruang tamu anda. Ini membolehkan anda untuk sentiasa memeriksa jumlah penggunaan kepada alat-alat tersebut. Anda boleh memperuntukkan penjimatan ini dengan melakukan sesuatu perkara yang lain.

Selain daripada itu mungkin terdapat banyak cara lain untuk mengurus serta menjimatkan alliran tunai anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk terus berhati-hati, berpandangan jauh serta selamatkan hak kewangan anda.

Semoga info ini memberi sedikit manfaat kepada anda dan seterusnya anda dapat melakukan simpanan dengan asas penjimatan yang diterangkan di atas.Sampai jumpa lagi untuk perkongsian yang lain. Terima kasih.



Penulis suka berkongsi informasi bermanfaat kepada semua pembaca budiman. Seorang usahawan internet separuh masa yang mengimpikan kehidupan yang bebas dari hutang. Semoga maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. Sila LIKE dan SHARE sekiranya informasi blog ini membantu anda. Terima kasih.

Comments


EmoticonEmoticon